Risiko mengecas Telefon Pintar Menggunakan "Laptop"

"Port" USB pada komputer riba memang pelbagai guna dan diantaranya ialah sebagai salah satu sumber untuk mengecas peranti pintar. Akan tetapi tahukah anda bahawa tabiat mengecas telefon pintar dengan menggunakan "laptop" boleh mendatangkan bahaya tanpa kita sedari. Berikut Antara kesan buruk yang mungkin boleh berlaku..

1.Telefon pintar berpotensi untuk rosak

Mengecas dengan kerap menggunakan "laptop" boleh merosakkan peranti anda, ini kerana arus daripada "port" USB komputer riba adalah tidak stabil seperti pengecas biasa, berkemungkinan boleh berlakunya litar pintas. Manakala Angin panas yang keluar dari bahagian tepi "laptop" juga berupaya merosakkkan peranti anda sekiranya diletakkan terlalu dekat dengan "laptop".



2.Memendekkan jangka hayat Bateri komputer riba

Tabiat ini juga secara tidak langsung boleh merosakkan bateri komputer riba.



3.Berlakunya kecurian data

"Port" USB adalah khusus untuk pemindahan data, adalah sangat merbahaya sekiranya anda kerap menggunakan komputer riba orang lain untuk mengecas telefon pintar.



Itu sahaja serba sedikit tips daripada kami. Bukannya tidak boleh mengecas menggunakan PC ataupun "laptop, cuma jangan lakukannya dengan terlalu kerap. Semoga bermanfaat.