Rimas Deretan Notifikasi Pada Aplikasi Facebook? Ini Cara Sembunyikan

Setiap kali buka aplikasi Facebook, ada saja ikon notifikasi berwarna merah terpampang dibahagian atas. Tiada masalah jika ia notifikasi untuk komen daripada kenalan lain, tetapi jika berderet ikon merah menyala pasti anda rasa rimas.

Melalui penambahbaikan baru daripada Facebook, bar pintasan yang berada pada bahagian aplikasi boleh dikemaskini oleh pengguna menerusi Shortcut Bar Settings. Bermaksud anda boleh buang mana-mana bahagian seperti Marketplace,Events, Group, VideoHome atau Dating dari terpapar di bar pintasan tersebut.

Kapsyen: Imej | Tech Crunch


Caranya sangat mudah, sentuh lama pada ikon yang ingin dibuang dan paparan akan muncul; pilih sama ada tidak mahu notifikasi atau buang terus ciri dari bahagian bar.

Sekarang bahagian atas Facebook anda sudah "bersih" dari ciri yang mungkin tidak pernah langsung digunakan. Benda boleh buang, buat apa letak.

Namun jika mahu kembalikan ciri-ciri itu dibahagian bar, boleh klik butang menu pada penjuru atas kanan (tiga garis) > Settings & Privacy >Settings >Shortcuts dan seterusnya aktifkan ciri yang dimahukan.

Kapsyen: Imej | Tech Crunch


Tetapan ubah suai ini sudah diperkenalkan sejak minggu lalu untuk kedua-dua platform telefon pintar, Android serta iOS.

 

Berkaitan