Ricoh Melancarkan DSLR Pentax KP Dengan Keupayaan Low-Light Yang Tinggi

Ricoh Imaging telah melancarkan sebuah kamera APS-DSLR yang dibina khusus untuk fotografi malam. Ciri yang paling menarik perhatian tentang kamera ini adalah sensornya yang berupaya dinaikkan ke ISO 819200. Ciri ISO yang tinggi seperti ini membenarkan kamera ini mengambil gambar walaupun tanpa sebarang cahaya(gelap-gelita). Namun di dalam dunia fotografi, sudah diketahui umum tetapan ISO yang tinggi akan menghasilkan 'noise' yang tinggi. Dikhuatiri ciri ISO yang tinggi seperti ini masih tidak praktikal.

Pantax KP memiliki sensor APS-C 24-Megapixel bersama sistem autofokus 27-titik dan ianya merupakan kamera siri APS-C yang dilengkapi dengan sistem Shake Reduction II. Ianya merupakan sistem penstabilan imej dengan berasaskan 5 paksi rujukan.

kp_handson_09

Pentax KP ini dibina dengan keupayaan kalis debu dan air. Malah kamera ini mampu tahan sehingga -10 darjah Celsius. Antara keupayaan lain termasuklah teknologi Pixel Shift Resolution dimana ianya mampu memberikan penghasilan semula warna yang lebih tepat.

 

pentax-kp-2017-01-26-02

Kamera ini mempunyai kelajuan shutter sehingga 1/24000 saat, burst shooting pada kadar 7fps, rakaman video 1080p. Kamera ini juga dilengkapi dengan paparan LCD sebesar 3 inci. Fungsi Wi-Fi juga disertakan.

Sistem analisa secara real-time seperti brightness distribution, image field, warna dan pergerakan subjek juga dibina ke dalam kamera ini. Ianya kemudian menggunakan teknologi yang mampu menilai pengambilan cahaya dengan lebih tepat dan mampu menetapkan kadar exposure yang sesuai.

Ianya akan mula dijual di pasaran bermula pada 25 Februari dengan harga $1,100 iaitu (RM 4900).
Sumber: LetsGoDigital, PhotoReview.com