Ribuan Akaun Instagram Digodam Sepanjang Bulan Ini

Beberapa ribu akaun Instagram dilaporkan telah digodam dalam sepanjang bulan ini sahaja. Berikutan itu, penggodam dari Rusia telah dipersalahkan dan disyaki terlibat dalam kejadian ini.

Ia kerana salah seorang mangsa yang bernama Krista menyatakan, apabila melaporkan tentang kegagalan untuk mengakses akaunnya sendiri kepada pihak Instagram, beliau dapati maklumat dan pautan bagi mendapatkan semula akaunnya telah dihantar ke satu alamat email yang menggunakan domain dari Rusia( .ru ).

Kredit : Mashable


Masalah ini bukan hanya menghantui Krista, malah ribuan lagi pengguna lain di seluruh dunia. Malah, penggunaan pengesahan dua faktor(2FA) yang disediakan oleh Instagram juga gagal menghalang daripada akaun-akaun ini terus digodam.

Pihak Instagram kini dilaporkan sedang dalam proses penyiasatan bagi mencari punca dan membuat keputusan tentang tindakan yang akan diambil kepada penggodam yang terlibat. Selain itu, mereka juga berjanji untuk menaiktaraf fungsi 2FA mereka dengan segera.

 

Sumber