RF 85mm F1.2L Lensa Terbaru Dari Canon Mampu Tambah Baik Rakaman Potret

Tempoh hari, Canon telah memperkenalkan sebuah lensa potret terbaru dikenali sebagai RF85mm f/1.2L untuk pilihan jurugambar profesional mahupun amatur.



Ia menjanjikan rakaman pada jarak optimum bagi memberikan perspektif, kedalaman dan keupayaan merakam kesan bokeh yang cantik. Selain daripada itu, ia turut mampu mencapai jarak fokus minimum, 0.85mm dan pembesaran maksimum sehingga 0.12x, membolehkan peningkatan kepada keupayaan bagi rakaman individu secara dekat juga rakaman objek yang kecil.

Lensa terbaru ini dibangunkan dengan 13 elemen dalam 9 kumpulan, termasuk elemen optik Blue Spectrum Refractive (BR).



RF85mm f / 1.2L USM juga mempunyai Canon Air Sphere Coating (ASC) untuk mengurangkan suar lensa dan ghosting yang disebabkan oleh pantulan. Ia juga meningkatkan kejernihan imej dan kontras apabila merakam latar belakang, menambah dimensi ke dalam gambar.

Penjualan lensa ini bakal bermula pada bulan Jun hadapan dimana harga jualannya adalah $2699(~RM11,234).