Resolut1on Menyertai OG

OG pada harini mengumumkan pemain posisi tengah baru mereka iaitu Roman 'Resolut1on' Fomynok. Mereka yang telah melepaskan Anathan 'Ana' Pham selepas 5 hari kejohanan The International 7 berakhir akan memulakan musim baru dengan penambahan pemain Ukrain tersebut.

Resolut1on menjadi pemain yang diingini setelah membantu Team Empire memenangi tempat ke 7/8 dan membawa pulang hadiah kemenangan lebih daripada RM 263 ribu.

Resolut1on menjadi perhatian apabila dia mula berhijrah ke rantau Amerika Utara untuk meneruskan karier Dota 2 nya bersama Digital Chaos. Dia menjadi bidan terjun dalam TI 7 setelah pemain posisi 1 Team Empire, Vladimir 'Chappie' Kuzmenko tidak mendapat passport tepat pada masanya dan tidak dapat menyertai kejohanan terbesar Dota 2 itu.

Resolut1on yang mulanya akan menjadi komentator untuk meja strim Rusia telah diminta pasukan Team Empire untuk menjadi pemain sementara mereka untuk kejohanan tersebut. Yang menariknya, Team Empire pulang dengan menduduki tempat yang sama bersama OG.

Sumber