Resolusi 1080p Sahaja Tapi Dikatanya 4K - Google Dilihat Tidak Jujur Dengan Kualiti Permainan Google Stadia

Pada 19 November lalu, Google telah melancarkan secara rasmi perkhidmatan penstriman permainan yang membolehkan anda bermain permainan tanpa memuat turun ataupun memerlukan konsol. Ia dinamakan Google Stadia yang membenarkan anda bermain permainan terus secara awanan.

Dengan pelancaran rasminya, semakin ramai pengguna yang sudah menggunakan Google Stadia dan memainkan permainan kegemaran mereka pada platform tersebut. Namun, terdapat syak dan bukti bahawa kualiti permainan yang dimainkan tidak sebetul apa yang dijanjikan oleh Google.

Melalui ulasan The Verge, pembangun di sebalik permainan Destiny 2 sendiri mengesahkan permainan 4K pada Google Stadia tidak sama dengan 4K pada platform lain. Pada Stadia, Destiny 2 dimainkan pada kualiti 1080p dan di-upscale untuk meningkatkan kualitinya. Ini bermaksud, Stadia langsung tidak memainkan Destiny 2 pada kualiti 4k sebenar.

Bukan sahaja permainan Destiny 2, Red Dead Redemption 2 juga mengalami masalah tidak menjalankan permainan pada resolusi 4K yang sama. Pihak Eurogamer mengesahkan permainan tersebut hanya berjalan pada resolusi 1440p sahaja.

Dengan membandingkan kualiti 4K pada Stadia dengan 4K pada Xbox One X, perbezaannya jelas dilihat.

https://twitter.com/Nitomatta/status/1196485009315520512?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1196485009315520512&ref_url=https%3A%2F%2F9to5google.com%2F2019%2F11%2F20%2Fstadia-4k-games-quality%2F

Image Kapsyen: Antara sampel perbandingan 4K pada antara Google Stadia dengan Xbox One X


Sebelum ini Google sendiri telah mengatakan kesemua permainan pada Stadia akan berjalan pada kualiti tertinggi 4K 60fps. Ini mungkin menjadi contoh bahawa Google tidak jujur dengan tahap kualiti permainan pada Stadia itu sendiri.

Sedikit mengecewakan kerana Google sendiri tidak telus tentang kualiti permainan Stadia memandangkan terngiang-ngiang lagi di telinga bahawa Google bercakap besar mengenai kemampuan perkakas mereka yang berkuasa untuk mengendalikan permaianan 4k 60fps tanpa sebarang masalah sebelum ini.

Sumber: 9to5google, Nitomatta, The Verge, Eurogamer

Berkaitan