RESCUECOM Memberikan Gred C Kepada Komputer Apple Macintosh

Komputer keluaran Samsung, Lenovo dan Microsoft telah berjaya menyaingi Mac.


Berdasarkan kepada laporan 2019 oleh laman portal RESCUECOM, kebolehpercayaan pengguna terhadap komputer keluaran Apple telah merudum dengan agak teruk.

Mana tidaknya, jika tahun lepas pada tahun 2018, RESCUECOM meletakkan Apple di tangga pertama dengan memberikan komputer Macintosh gred A+. Tetapi untuk tahun 2019, komputer Apple Macintosh telah jatuh ke tangga ke-5 dengan tahap kebolehpercayaan yang diberikan hanya sekadar gred C sahaja.

Berikut adalah kedudukan kebolehpercayaan pengguna terhadap 8 syarikat utama pengeluar komputer menurut RESCUECOM:-

Kapsyen: Sumber data: RESCUECOM


Daripada senarai kedudukan di atas, dapat dilihat bahawa Samsung telah berjaya merampas kedudukan pertama dan Lenovo pula berada di tangga kedua.

Dalam laporan tersebut menyatakan, Samsung telah berjaya meningkatkan kualiti produk komputer keluaran mereka secara konsisten atas usaha keras dedikasi mereka bagi menghasilkan komputer pada kualiti tahap terbaik.

Ia dicapai menerusi ujian ketat yang dibuat ke atas komputer mereka sebelum ia dipasarkan.

Manakala Lenovo pula telah berjaya menghasilkan komputer pada harga yang sangat berpatutan tetapi pada tahap kualiti yang melebihi jangkaan pengguna.

Sungguhpun Apple terus kekal menghasilkan komputer berkualiti, tetapi pengeluar komputer jenama lain dilihat secara konsisten melakukannya lebih baik berbanding Apple.

Walaubagaimanapun menurut RESCUECOM, bukan kerana komputer jenama lain telah berjaya menghasilkan komputer mereka lebih baik daripada Apple yang telah meletakkan mereka berada di atas.

Sebaliknya ia disebabkan oleh harga komputer Apple yang terlalu mahal untuk dimiliki menyebabkan kedudukannya jatuh dengan teruk.

RESCUECOM menjelaskannya seperti berikut:-

Considering Apple’s fall from grace, the question to ask is whether Apple has really slipped or others have risen. The answer, surprisingly, is Apple has fallen. The combination of an average RESCUECOM Computer Reliability report score and a notoriously steep price tag does not bode well for their future. Keep in mind $1,000 is the lowest you will pay for a new Mac and it will be their lowest end of last year’s model. Expect to shell out close to $3000 for the latest extremely powerful, portable, and fast MacBook Pro. Though Apple’s cult-like following continues to buy without complaint, the question is, will that continue as their computer reliability spirals downward?