Bagaimana Reno4 Pro Jadikan Kreativiti Lebih Terserlah Dan Pengecasan Lebih Pantas?

Telefon pintar telah diintegrasi dalam kehidupan seharian kita sehingga ia menjadi salah satu keperluan. Inovasi teknologi untuk telefon pintar pula terus berkembang dalam memberikan pengalaman yang terbaik kepada penggunanya.

Salah satu bahagian utama bagi sebuah telefon pintar yang menunjukkan kesempurnaan adalah ciri dan kemampuan sistem kamera. Berkongsi kandungan di media sosial sangat berguna bagi kebanyakan orang, dan apa yang menjadikannya terbaik adalah dengan mempunyai sistem kamera yang berkuasa.

https://www.youtube.com/watch?v=j7DHv0qVXYQ&list=RDCMUCVTUBt1Qv4dIDvT41kcUP1A&start_radio=1&t=31

Selain kamera, sistem peranti dengan prestasi yang seimbang juga penting untuk meningkatkan pengalaman penggunaan keseluruhan peranti. Siri OPPO Reno4 adalah barisan peranti dengan komponen yang berkuasa, dan mampu membawa prestasi terbaik untuk keperluan pengguna.



Bagi menggambarkan dengan jelas momen terbaik anda, OPPO telah memperkenalkan OPPO Reno4 Pro (8GB RAM +258GB ROM).

Fotografi


AI Color Portrait Photography (Kamera Depan dan Belakang)


Kredit gambar: yangcanggih


Reno4 Pro hadir dengan 48MP kamera utama dan paparan berlubang yang memuatkan 32MP kamera hadapan. Menjadikan fotografi biasa kepada sebuah karya kreatif, mod AI Color Portrait memfokuskan dan merakam subjek dengan mengekalkan warna asal, warna sebenar, sementara persekitarannya berubah menjadi warna mono.

Dengan menggunakan kamera utama 48MP definisi tinggi OPPO Reno4 Pro, ia mampu menghasilkan gambar berkualiti 108MP.

Night Flare Portrait



Anda juga mungkin boleh menjadi bak pengkarya terhebat dengan menggunakan mod Night Flare Portrait. Menggunakan mod ini akan menjadikan gambar anda secara automatik mempunyai kesan kabur cahaya pada latar belakang. Ia dapat merakam imej portrait malam dengan kesan bokeh semula jadi dengan hanya satu tap.

Video


AI Color Portrait Photography (Kamera Depan dan Belakang)


Tidak hanya gambar, rakaman video juga dilengkapi dengan AI Color Portrait. Dengan itu, ia memberikan fokus pada subjek yang menunjukkan potret terbaik dengan gaya yang berbeza dan membuka lebih banyak kreativiti bagi sesebuah rakaman video.

https://www.youtube.com/watch?v=Jwp_5j0f26Y

Menerusi mod Monochrome, anda boleh bermain warna subjek dengan warna terang, sementara persekitarannya berubah menjadi mono.

960fps AI Slow Motion

Dengan menggunakan siri OPPO Reno4, ia berupaya merakam video gerak perlahan atau slowmo sehingga 720@960fps yang membolehkan lebih banyak kreativiti dalam rakaman video. Melalui algoritma pengesanan gerakan, kamera dapat mengenal pasti objek yang bergerak dalam bingkai serta merakam gerakan secara automatik.

https://www.youtube.com/watch?v=qoCAMvDsPQE

Ultra Steady Video 3.0 (Kamera Depan dan Belakang)
Terkenal dengan rakaman video yang stabil, siri OPPO Reno4 dimuatkan dengan mod Ultra Steady Video 3.0 yang terkini. Ultra Steady Video 3.0 menggunakan algoritma giroskop, cropping, dan penstabilan untuk membuat rakaman dengan kualiti gimbal. OPPO Reno4 dapat mengenal pasti gegaran dan merakam babak tertentu, serta menyesuaikan parameter untuk memberikan kualiti video yang lebih baik.

Menggunakan Ultra Steady Video Pro pula menjadikan rakaman video boleh diambil dengan lensa sudut luas. Ia membolehkan lebih banyak objek dirakam dalam satu bingkai.

https://www.youtube.com/watch?v=85yCPMx4qEM

Bateri


65W SuperVOOC 2.0, pengecasan penuh dalam 36 minit

AI Color Portrait Reno4 Pro

Dari segi bateri, Reno4 Pro dibekalkan dengan kapasiti 4000mAh. Namun, menjadikannya lebih menarik adalah dengan penawaran pengecasan pantas 65W SuperVOOC 2.0. Pengecasan ini turut melepasi ujian keselamatan oleh TÜV Rheinland.

Dengan kemampuan membuat pengisian penuh bateri 4000mAh hanya dalam sekitar 36 minit, OPPO Reno4 Pro dapat digunakan sepanjang hari dengan pengurangan masa untuk pengisian bateri.

Skrin


Rekaan melengkung 3D + Paparan OLED 90Hz + 161 gram

Hadir dengan paparan OLED dan menyokong kadar segar semula 90Hz, ia memberikan pengalaman paparan dengan warna yang lebih terang dan jelas. Kadar pensampelan 180Hz membolehkan tindak balas segera untuk sentuhan dan merupakan ciri yang sangat diperlukan terutamanya bagi seorang gamers.  Rekaan skrin 3D melengkung pada OPPO Reno4 Pro pula menjadikannya kelihatan seperti peranti flagship serta memberikan keselesaan apabila berada dalam genggaman tangan.



Mempunyai berat 161gram dengan saiz yang sempurna, menjadikan Reno4 Pro mungkin lebih ringan daripada bedak kompak serta lebih selesa untuk dipegang dan berada di dalam poket anda.

Reno4 Pro (8GB RAM+256GB) dipasarkan pada harga RM2,399 dalam dua pilihan warna, Starry Night dan Silky White. Reno4 (8GB RAM+128GB) pula berharga RM1,699 dalam dua warna juga iaitu Galactic Blue dan Space Black.

Eksklusif untuk Reno4 Pro, ahli MY OPPO App akan mendapat baucar diskaun RM100 KLOOK untuk penebusan 2,000 pertama pada siri Reno4 Pro. Setelah membuat penebusan, 3 ahli bertuah akan berpeluang untuk memenangi Percutian 3H2M di Taaras Beach & Spa Resort dengan pengalaman penerbangan ATR. Selain itu, 10 ahli bertuah sebagai naib juara juga akan menikmati penginapan hotel (1 malam) untuk 2 orang serta tiket kemasukan ke Taman Tema Sunway Lagoon.

Bagi para pengguna Reno4 Pro, OPPO menawarkan 120GB OPPO Cloud Storage percuma untuk 2,000 terawal selama 6 bulan yang boleh ditebus pada aplikasi My OPPO.

Artikel ini dibawakan oleh OPPO Malaysia.