Reno, Siri Baru Dari OPPO, Bakal Perkenal Peranti 10 April Ini

Kemaskini - Timbalan Presiden OPPO, Brian Shen, mengesahkan Reno merupakan siri baru bagi OPPO dan bukannya sub-jenama.

Hari ini, OPPO sekali lagi hadir dengan mengumumkan sub-jenama siri baru dikenali sebagai Reno.

Logo Reno telah dimuat naik ke laman Weibo oleh Timbalan Presiden syarikat, Shen Yiren. Berdasarkan imej logo tersebut, ia mungkin memberi fokus kepada pengguna dari golongan muda.



Turut diumumkan adalah tarikh pelancaran peranti pertama sub-jenama siri ini yang bakal dilangsungkan pada 10 April hadapan.

Maklumat lanjut berkenaan peranti tersebut masih belum didedahkan lagi.

Via Tech Radar