Remaja Saman Ibu Kerana Mengambil Telefon Bimbitnya

Kejadian ini berlaku pada remaja berusia 15 tahun di Almeria, Sepanyol. Ibu remaja terbabit mahu anaknya mengulangkaji pelajaran. Si ibu kemudian mengambil telefon bimbit anaknya: sesuatu yang agak logik bagi kalangan ibu bapa.

Insiden itu berlaku pada 29 Febuari dan telah menyebabkan remaja terbabit meyaman ibunya. Dia meminta agar ibunya dipenjara selama 9 bulan dan semua kos guaman ditanggung.

Tuduhan? "Layanan buruk."

Pada hari selasa, majistret yang mendengar kes telah menganggap si ibu bertindak rasional dengan tanggungjawabnya. Dengan itu, majistret telah menolak kes tersebut.

Ini bukan kali pertama seorang remaja bertindak sedemikian terhadap ibu bapa mereka. Tahun lepas, seorang remaja Austria telah menyaman ibu bapanya kerana memuat naik gambarnya semasa kecil di Facebook.

Apalah agaknya suasana meja makan keluarga itu selepas balik dari mahkamah. Pasti 'awkward'.

Sumber

Berkaitan