Remaja Ini Merupakan Orang Malaysia Pertama Membeli Iphone 11

Siri Iphone 11 pada hari ini telah mula dijual di beberapa buah negara di seluruh dunia dan antara negara yang terawal di Asia Tenggara ialah Singapura. Apa yang mengejutkan hari ini ialah seorang remaja dari Malaysia, Aidid Haiqal menjadi orang pertama yang membeli siri Iphone 11 di Singapura hari ini.



Aidid Haiqal yang berusia 17 tahun datang dari Kuala Lumpur untuk beratur membeli Iphone 11 Pro Max 512GB bewarna hitam  dan juga Iphone 11 128GB juga bewarna hitam di Apple's Orchard Road Flagship Store. Beliau membuat pra-tempahan pada beberapa hari yang lalu dan apabila tiba di Singapura, beliau mula beratur dari pukul 6 pagi. Beliau akan menggunakkan Iphone 11 Pro Max itu sebagai peranti hariannya dan Iphone 11 akan diberikan kepada adiknya.



Di Malaysia, siri Iphone 11 sudah mula dibuka untuk pra-tempahan pada hari ini. Dilihat syarikat-syarikat telco dan syarikat yang berdaftar di bawah Apple telah mula membuka pra-pendaftaran pada hari ini dengan beberapa tawaran yang lumayan. Di celcom, Iphone 11 Pro Max mendapat potongan harga dari RM 5,299 ke RM 4,008 dengan Plan Gold Plus RM98 menunjukkan pengurangan harga yang banyak berbanding harga asal.

Siri Iphone 11 dijangka akan mula dijual di Malaysia pada 27 September ini dan dijangka akan mendapat sambutan hangat seperti di Singapura.

kredit: straits time