Remaja Di California Ditahan Kerana Mengubah Markah Melalui Phishing

Serangan phishing merupakan serangan siber yang terkenal dan selalu digunakan untuk memperdaya pelawat sesuatu laman sawang dalam memberikan maklumat penting mengenai mereka.

Serangan-serangan ini boleh mengakibatkan maklumat pelawat boleh digunakan untuk pelbagai tujuan yang biasanya akan digunakan untuk mengakses maklumat perbankan mereka.

Lain pula ceritanya di Ygnacio Valley High School, California kerana seorang pelajar bernama David Rotaro dikatakan telah menghasilkan sebuah laman sawang yang mirip seakan-akan laman sesawang sekolah dan menghantar e-mel kepada guru-guru sekolah tersebut bagi mendapatkan maklumat log masuk mereka.

Selepas berjaya mendapatkan maklumat yang diperlukan, Rotaro kemudian dapat mengakses rangkaian maklumat sekolah-sekolah di daerah berkenaan dan mula menukar gred markah pelajar-pelajar lain.

Pihak polis yang mendapat waran tangkap telah mendapati yang semua IP e-mel yang terlibat dalam serangan phishing tersebut terarah ke David Rotaro. Dia kini sudah digantung persekolahan sementara menunggu tarikh untuk dibicara di mahkamah.

Rotaro mengimpikan pekerjaan dalam bidang IT dan memberikan contoh terbaik tentang kelemahan keselamatan melalui kes nya.

Sumber