Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Rekaan Terbaru Yeezy Macam Spageti? Ke Tulang Ikan?

Rekaan Terbaru Yeezy Macam Spageti? Ke Tulang Ikan?

Diterbitkan Ogos 11, 2020 · Dikemas kini Ogos 11, 2020 oleh Nadiah Ab

rekaan terbaru yeezy

Kolaborasi antara Kanye West dengan adidas adalah antara yang paling berjaya dalam industri kasut. Baru-baru ini, Kanye baru sahaja mendedahkan rekaan terbaru Yeezy di laman Twitternya.

Kanye mendedahkan satu rekaan yang dipanggil “YZY D Rose”, yang katanya akan datang tidak lama lagi. Rekaan ini telah dibandingkan dengan bermacam-macam barangan seperti spageti, sotong, tulang ikan, dan juga hirisan kentang disebabkan rekaannya yang aneh dan membingungkan.

https://twitter.com/kanyewest/status/1292308705179041793

 

Kanye juga memuat naik gambar reka bentuk Yeezy yang lain, namun gambar ini disertakan hanya dengan emoji burung merpati. Kasut dari gambar ini pula mendapat gelaran “hantu Pacman dalam bentuk kasut”.

https://twitter.com/kanyewest/status/1292303407504601090

Selain itu, Kanye ada memuat naik satu lagi gambar kasut di Twitter yang beliau namakan sebagai “Turrelliens”. Boleh dikatakan, ini adalah kasut yang paling biasa dan masuk akal, namun orang masih mengatakan bahawa kasut ini kelihatan agak tidak cantik.

https://twitter.com/kanyewest/status/1292308012720443394

Reka bentuk Yeezy telah banyak dikecam pada masa lalu, namun ia masih tidak menghentikan orang ramai untuk mendapatkan kasut-kasut Yeezy.

Kanye telah bekerjasama dengan adidas sejak tahun 2013, dengan keluaran kasut pertama, adidas Yeezy Boost 750 ‘Light Brown’ yang habis dijual dalam 10 minit.

Masih tiada kepastian tentang rekaan terbaru ini dan sama ada akan tersedia untuk orang ramai atau hanya untuk orang-orang terdekat dengan Kanye. Walaupun rekaan-rekaan di atas kelihatan aneh, pasti akan ada peminat yang masih sanggup membeli dan mengumpul koleksi Yeezy.

Jadi apa pendapat anda? Jika benar Kanye dan adidas akan mengeluarkan rekaan terbaru Yeezy yang seperti ‘spageti’ atau ‘tulang ikan’ ini, anda masih berminat untuk membeli?

Sumber: Insider

Baca lagi: adidas Ultra4D Bakal Dilancarkan Dalam Warna OG Pada 13 Ogos

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
©2026 WISER.MY