Rekaan Samsung Galaxy S21 FE Tertiris, Tampil Skrin Rata

Tahun lalu, Samsung telah memperkenalkan Galaxy S20 FE yang mempunyai sedikit perbezaan pada paparan dan spesifikasi dalaman.

Tahun ini, mereka dilihat akan meneruskannya menerusi Galaxy S21 FE dimana ia masih menampilkan rekaan seakan siri S21 tetapi paparan menggunakan skrin rata.



Selain itu, ia turut dikatakan saiznya lebih besar sedikit berbanding versi S21 yang biasa. Sementara bahagian sisi peranti adalah dari logam dan panel belakang daripada plastik.

Tambahan lagi, kami menjangkakan ia menawarkan spesifikasi yang lain seperti penggunaan cip Snapdragon 870 atau mungkin Exynos 2100.

Dari segi harga, mungkin Galaxy S21 FE akan dijual dengan harga murah dan mampu milik berbanding Galaxy S21.

Sumber: voice