Rekaan Render 3D Samsung Galaxy Note 10 Tampilkan Reka Bentuk Menawan

Ketika siri Samsung Galaxy S10 masih lagi baru di pasaran Malaysia, kini timbul pula rekaan render 3D bagi satu lagi siri perdana mereka, Galaxy Note 10.

Rekaan itu dibangunkan berdasarkan semua maklumat mengenai peranti tersebut yang telah didedahkan sebelum ini.

Kapsyen: Phone Arena


Perbezaan paling ketara yang dapat dilihat berbanding Galaxy Note 9 pastinya tetapan 4 lensa kamera utamanya.

Dibahagian hadapannya pula, Galaxy Note 10 ini digambarkan akan hadir dengan rekaan skrin tebuk serta dwi-kamera utama apabila dilancarkan nanti.

Kapsyen: Phone Arena


Walaupun ia masih terlalu awal untuk kita mempercayai rekaan ini 100%, namun sekiranya rekaan ini benar, ia bakal menjadi model paling menawan dalam siri Galaxy Note 10.

 

Sumber: PhoneArena