Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme pad

Rekaan realme Pad Akhirnya Diperlihat, Paparan WUXGA+

Diterbitkan September 6, 2021 oleh Amsyar Latif

realme sedia melancarkan tablet pertama mereka, realme Pad pada 9 September ini. Mereka menjanjikan sebuah tablet yang nipis dan ringan kepada pengguna.

Terbaru, realme akhirnya memperlihatkan rekaan sepenuhnya peranti tersebut. Melaluinya, ia tampil dengan skrin 10.4 inci dengan WUXGA+ (2000×1200) serta paparan 82.5% (screen-to-body).

Rekaan realme Pad Akhirnya Diperlihat, Paparan WUXGA+

Rekaan realme Pad Akhirnya Diperlihat, Paparan WUXGA+

Bagaimanapun, ia masih belum diketahui sama ada menggunakan panel IPS LCD atau AMOLED. Pun begitu, Ketua Pegawai Pemasaran realme sebelum ini pernah mengatakan tablet realme akan menggunakan AMOLED.

Khabar angin mendakwa tablet ini didatangkan cip MediaTek Helio G80, 4GB RAM, storan 64GB bersama-sama bateri 7100mAh. Harga dijangka adalah sekitar 20,000 rupee hingga 22,999 rupee (~RM1100-RM1300).

Sumber: realme

Baca juga:

  • Pesaing Redmi K40 Gaming, realme GT Neo Gaming Bakal Tiba
  • Senarai Peranti realme Dengan Harga Promosi 9.9
  • realme GT Master Edition Tiba Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM1399

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY