Rekaan OnePlus 5 Akan Lebih Memukau Dari Samsung Galaxy S8, Ceo OnePlus

Pengasas bersama dan Ceo OnePlus, Pete Lau telah cuba 'berperang' dengan Samsung dalam usaha syarikat itu untuk terlibat dalam pertarungan telefon pinter terbesar tahun ini.

Lau berkata di laman Weibo yang OnePlus 5 akan menjadi telefon pintar flagship yang ternipis di dalam pasaran.

Walaupun Lau tidak menyebut peranti iPhone 7 atau Galaxy S8 secara langsung, jelas Ceo itu cuba 'bermain' api dengan pesaing terdekat mereka di pasaran.

Lau mengesahkan peranti OnePlus 5 akan lebih nipis dari OnePlus 3T yang berketebalan 7.35 mm.

Samsung Galaxy S8 pula berketabalan 8 mm dan iPhone 7 pula 7.1 mm.

Tiada tarikh ramsi lagi tentang pelancaran peranti tersebut di pasaran dan juga harga jualannya.

Ada melaporkan mungkin peranti terbaru ini akan dijual pada harga premium sama seperti Samsung Galaxy S8 dan iPhone 7.

Peminat berharap syarikat itu masih mengekalkan strategi harga murah mereka untuk peranti berprestasi premium.

Sumber