Rekaan Kerangka HONOR 20 Pro Beri Bayangan Penggunaan Tri-Kamera Utama

HONOR 10 telah dilancarkan pada bulan April tahun lepas dan kini selepas setahun ia dilancarkan, timbul ura-ura mengatakan bahawa generasi seterusnya, HONOR 20(atau HONOR 20 Pro) pula akan diperkenalkan pada bulan ini.

Mengikut khabar angin yang tersebar sebelum ini, peranti itu dikatakan akan hadir dengan tetapan kamera utama tiga lensa.

Ia seolah-olah akan menjadi kenyataan apabila satu rekaan render yang didakwa kerangka HONOR 20 didedahkan baru-baru ini.

Kapsyen: GSMArena


Rekaan berkenaan jelas memberi bayangan mengenai penggunaan kamera utama tri-lensa bagi peranti itu nanti.

Sebelum ini, HONOR 20 didakwa akan hadir dengan lensa 40MP+20MP+8MP. Namun ada juga dakwaan mengatakan salah satu lensa kamera peranti ini bakal menggunakan sensor 48MP IMX600 daripada Sony.

Selain itu, peranti ini juga dilaporkan bakal hadir dengan skrin OLED 6.1-inci, pilihan memori sehingga 8GB RAM serta cip pemprosesan Kirin 980.

Sekiranya semua dakwaan ini tepat, HONOR 20 atau 20 Pro ini bakal menjadi salah satu peranti yang perlu diambil perhatian pada tahun ini.

 

Sumber: GSMArena