Rekaan Kad Nama University of Tokyo Menyerupai Papan Litar Elektronik

Terlalu "cool" dan "awesome"!


University of Tokyo merupakan salah sebuah universiti berprestij di Jepun. Institusi pendidikan cemerlang ini memang terkenal dalam meneraju pembangunan dan penyelidikan sains, teknologi dan perubatan.

Jadi tidak hairanlah jika kad nama pelajarnya bagi yang belajar dalam bidang sains komputer turut diinspirasikan dari teknologi.

Kad nama pelajar jurusan sains komputer direka menyerupai papan litar elektronik. Sekaligus menjadikan rekaan kad nama itu kelihatan sangat menarik.

Foto kad nama itu mula dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter selepas menerimanya dari seorang rakan.

Dalam ciapannya itu berbunyi "Dapat kad ini dari kawan sekolah tinggi. Daripada semua kad nama yang aku pernah dapat, ini adalah yang paling menarik. Ia terlalu "cool"..........". @univ00009

https://twitter.com/univ00009/status/1204961897935540224?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1204961897935540224&ref_url=https%3A%2F%2Fsoranews24.com%2F2019%2F12%2F18%2Fjapanese-twitter-blown-away-by-super-cool-business-card-that-looks-like-computer-hardware%2F

Para netizen Jepun yang mengguna Twitter amat teruja kerana tertarik dengan rekaan kad nama tersebut dengan memberikan pelbagai respon.

“That’s so cool…but it looks kinds of heavy! lol”
“Woooow, that’s so cooool”
“I really want one.”
“Wow! So cool!”
“It looks like just one would cost 1,000 yen [US$9.30].”
“I want to be the kind of person who can have an expensive-looking business card like this…”


Ini pula adalah rupa versi berwarna hitam kad nama University of Tokyo.

Kapsyen: Kredit: Fantasista


Kad nama ini bersaiz 3.6 inci x 2.2 inci yang merupakan saiz standad kad nama di negara matahari terbit itu. Cuma ia lebih sedikit tebal dari kad nama yang biasa.

Pengguna Twitter bernama Fantasista yang merupakan pelajar jurusan robotik di universiti tersebut menjelaskan, walaupun kelihatan seperti mahal, tapi harga bagi menghasilkan sekeping kad nama tersebut hanya berharga sekitar 80 yen (RM3.00) sahaja.

Beliau juga turut berkongsikan beberapa lagi keping gambar lain yang menunjukkan kad nama tersebut dipasangkan bersama beberapa komponen elektronik padanya.

https://twitter.com/tm_fantasista/status/1205870712071655424?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1205870712071655424&ref_url=https%3A%2F%2Fsoranews24.com%2F2019%2F12%2F18%2Fjapanese-twitter-blown-away-by-super-cool-business-card-that-looks-like-computer-hardware%2F

Sumber: Sora News 24