Rekaan iPhone 7 Dikhabarkan Tidak Mempunyai Butang Home.





Hanya tinggal lebih kurang sebulan sahaja lagi untuk iPhone 7 di lancarkan. Mengikut berita daripada Bloomberg, iPhone 7 tidak akan mempunyai fungsi butang home yang telah menjadi kebiasaan untuk pengguna iPhone sejak dari model iPhone 3G lagi.



Laporan dari The Wall Street mengatakan keluaran baru dari Apple itu dijangka memiliki reka bentuk seperti sekeping kaca gelas yang menggunakan teknologi paparan OLED. Dikatakan juga Apple mungkin akan memperkenalkan peranti telefon pintar yang memiliki rekaan paparan lengkung seperti Samsung Galaxy S7 Edge. Tambahan pula, dikhabarkan Samsung akan menjadi pembekal utama untuk paparan OLED.



Kepada yang tertanya tanya apakah perubahan yang akan di bawa oleh iPhone 7, peranti tersebut dikatakan akan mengeluarkan headphone jack untuk memberi laluan kepada ciri Lightning port yang memiliki dwi kamera belakang dan mempunyai RAM 3GB. Ianya juga mungkin akan memiliki butang home yang mempunyai sensor pressure-sensitive dan juga mempunyai sifat getaran yang yang dimiliki oleh peranti Apple Watch.