Rekaan HONOR 20 Pro Didakwa Tertiris, Hampir Menyerupai Huawei P30 Pro

Selepas memperkenalkan siri HONOR View20 beberapa bulan lepas, syarikat itu dilaporkan akan melancarkan pula siri HONOR 20 pada bulan hadapan.

Salah satu model dibawah siri berkenaan adalah HONOR 20 Pro. Dalam laporan terbaru, rekaan bagi peranti tersebut didakwa telah didedahkan secara atas talian baru-baru ini.

Kapsyen: Weibo


Melihat daripada imej di atas, ia jelas kelihatan seperti rekaan yang ada pada Huawei P30 Pro. Bezanya, ia tidak menggunakan lensa dan penjenamaan kamera Leica pada panel belakangnya selain jenama HONOR dibahagian bawah.

HONOR 20 Pro ini dikatakan turut akan mempunyai kebolehan zoom yang tinggi seperti Huawei P30 Pro. Maka, bagi anda yang mahukan peranti seakan P30 Pro pada harga lebih mampu milik, HONOR 20 Pro adalah pilihan yang baik.

Siri HONOR 20 dijadual akan diperkenalkan di London pada 20 Mei ini dan pastinya lebih banyak berita mengenainya bakal kita dengari menjelang acara itu nanti.

 

Sumber: Weibo via GSMArena