Jika Pixel 4a 5G bertindak selaku abang besar kepada Pixel 4a, Pixel 5 pula adalah model premium yang mempunyai spesifikasi tertinggi.
Hari ini gambar yang dikatakan Pixel 5 telah dimuat naik di internet memaparkan rupa bentuknya.
Melihat kepada rekaannya secara kasar, ia tiada bezanya dengan Pixel 4a yang baru dilancarkan awal Ogos ini.
Dari kamera hadapan dengan punch-hole sehinggalah modul kamera petak dengan pengimbas cap jari.
Namun, jika ada perbezaan utama dari segi rekaan, ia adalah penambahan satu lagi lensa kamera.
Ia bakal menggunakan lensa sudut lebar dan bukan lagi lensa zum telefoto seperti pada Pixel 4.
Selain itu, rekaannya juga memperlihatkan kemasan dan bahan binaan plastik. Jika anda imbas kembali maklumat sebelum ini, sememangnya sudah dilaporkan bahawa ia akan menggunakan plastik namun akan diperkemas seumpama kemasan yang premium.
Pixel 5 ini akan dilancarkan bersama-sama Pixel 4a 5G pada penghujung bulan ini. Dari segi spesifikasi, ia akan membawakan cip Snapdragon 765G, RAM 8GB dan bateri 4,000mAh.
Untuk harga jualan Pixel 5, ia dijangkakan pada 699 USD (~RM2,918).
Sumber: Jose Antonio
Berkaitan
- Tiada Cip Snapdragon 865+ Untuk Tahun Ini
- vivo Turut Melancarkan TWS Neo - Fon Telinga Bluetooth 5.2 Dengan Mod Latensi Rendah
- Xiaomi Mi Note 10 Lite Rasmi Berharga RM 1599 - Snapdragon 730G, Kuad Kamera 64MP, Dan 5260mAh
- OPPO Umum Find X2 Lite - Kelas Pertengahan Snapdragon 765, 6.4" OLED 60Hz Dan 4000mAh
- Ramai Tak Setuju Kos Stiker RFID Sehingga RM35 Sekeping
- Google Bakal Disaman Kerana Bersikap Tidak Adil Kepada Pesaing Carian Seperti Bing
- MacBook Pro 16 Inci Kini Punyai Pilihan Grafik Lebih Berkuasa AMD Radeon Pro 5600M
- Samsung A12 Dan A02s Diperkenalkan Untuk Pasaran Malaysia Bermula RM529
- Berbaloi Atau Tidak Untuk Membeli Peranti Pintar 5G Sekarang Ini?
- Cara Tambah Lokasi Kedai Atau Perniagaan Anda Dalam Google Maps