Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Find X3

Rekaan Dan Spesifikasi Rasmi OPPO Find X3 Didedahkan, Hadir Dengan Warna 10-bit

Diterbitkan Mac 4, 2021 oleh Amsyar Latif

Menjelang pelancaran telefon andalan daripada OPPO iaitu Find X3 beberapa hari lagi, @evleaks telah meniriskan video promosi telefon ini di laman weibo.

Dari video tersebut, sebahagian besar spesifikasi dan kemampuan telefon ini diperlihatkan bersama-sama rekaannya.

Menariknya, OPPO Find X3 bakal menjadi telefon Android pertama yang hadir dengan format warna 10-bit DCI-P3 yang dapat memberikan ketepatan warna dihasilkan.

10bit find x3

Ini bermakna, Find X3 dapat mengambil, menyimpan dan mengeluarkan warna berdasarkan format 10-bit.

Sebelum ini, walaupun terdapat telefon Android menggunakan 10-bit tetapi ia hanyalah 8+2-bit atau 8-bit+FRC yang pada dasarnya hanyalah meniru prestasi 10-bit pada panel 8-bit.

Buat pengetahuan, video tersebut hanya memaparkan OPPO Find X3 Pro dan disebabkan ini juga ia hadir dengan ciri-ciri yang menarik dan mungkin tidak ada pada varian lain.

Untuk spesifikasi, ia akan dikuasakan Snapdragon 888, pengecasan 65W berwayar dan 30W AirVOOC tanpa wayar.

Ia turut menyokong paparan 120Hz, menerima penarafan IP68 kalis air dan debu, menjalankan ColorOS 11.2 dan beberapa ciri menarik pada kamera.

Dengan spesifikasi sebegitu, berapakah harga yang akan ditawarkan oleh OPPO? Sama-sama kita nantikan.

Sumber: voice, gizmochina

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
©2026 WISER.MY