Bagaimanapun, CEO Xiaomi baru-baru ini telah pun mengesahkan mereka akan mula menghasilkan tablet baharu yang menjalankan sistem berasaskan MIUI.
Terbaru, rekaan dan spesifikasi tablet Mi Pad 5 kini telah mula muncul dalam talian. Menerusi gambar yang dimuat naik, ia memperlihatkan bahagian hadapan dan belakang tablet ini.
Di bahagian belakang, ia dilengkapi tetapan dua kamera dengan rekaan modul seumpama Mi 11. Dua kamera tersebut terdiri daripada 20MP utama dan 13MP sudut lebar. Kamera utama akan menggunakan sensor dari Sony IMX586.
Untuk spesifikasi, tablet ini dikatakan akan menggunakan skrin LCD dengan resolusi 2K, menyokong input sentuhan 480Hz serta mempunyai perlindungan Corning Gorilla Glass 5.
Antara lainnya termasuk sensor imbasan cap jari di bahagian sisi serta sokongan stylus.
Dari segi konfigurasi, Xiaomi Mi Pad 5 akan dikuasakan cip pemproses Snapdragon 870 dengan memori RAM berasaskan LPDDR5 dan storan UFS3.1. Berikut adalah varian memori dan harga yang telah didedahkan:
- 8GB + 128GB - 3999 yuan (~RM2503)
- 8GB + 256GB - 4299 yuan (~RM2691)
- 12GB + 512GB - 4999 yuan (~RM3130)
- 16GB + 1TB - 5499 yuan (~RM3443)
Jika spesifikasi yang didedahkan ini adalah benar, Mi Pad 5 dijangka akan menyertai segmen pasaran tablet premium dan bersaing bersama produk Apple, Huawei dan Samsung.
Sumber: GizmoChina
Berkaitan
- Google Kelak Akan Integrasi AI Pada Bahagian FAQ Di Play Store
- Kuo: Hanya Model iPhone 15 Pro Dijangka Menyokong USB-C Berkelajuan Tinggi
- Xiaomi Mi 11 Rasmi Akan Dilancarkan Pada 28 Disember Ini
- Hanya 7 Juta Pengguna Miliki Peranti 5G Di Malaysia - Fahmi
- Pindahkan Data Pengguna Eropah Ke AS, Meta Didenda Lebih RM5.9 Bilion
- vivo Umum Sensor Kamera RGBW Baharu, Akan Diperkenal Pada Telefon Pintar Tahun Hadapan
- Samsung Galaxy Z Flip4 Kini Rasmi - Cip Snapdragon 8+ Gen 1, Harga Bermula RM4,099
- Xiaomi Buang Ciri Popular Untuk Pengguna YouTube Percuma
- Xiaomi Bakal Adakan Acara Pelancaran Pada 29 Mac Ini
- Pelanggan Celcom, Digi Perlu Tukar Pelan Baharu Untuk Akses 5G Percuma