Rekaan Baru Mercedes Maybach 6 Ini Sangat Cun Dan Mengiurkan





Mercedes kini akan datang dengan rekaan terbaru mereka Mercedes-Maybach 6 sewaktu pelancaran design di Pebble Beach. Secara ringkasnya, rekaan terbaru mereka ini sangat cantik dan pastinya menggiurkan peminat kereta di dunia.






















Mercede-Maybach ini akan datang dengan enjin berkuasa V8 dan V12.
Ianya direka dengan kosep elektrik yang menghasilkan 550 kW(750hp) dan
80kW kuasa bateri yang dikatakan dapat berjalan sehingga 500 km.Mercedes
dikatakan menggunakan 350kW DC sistem cas yang mengambil masa 5 minit
untuk menambah 100 km perjalanan. Ianya juga memiliki ciri cas wireless.



Walaupun saiz nya yang agak besar, 0-100 km/h mengambil masa hanya 4 saat. Kelajuan maksimum boleh mencecah 250 km/h.











Rekaan dalamannya juga memang sangat mengagumkan. Di reka dengan
kerusi kulit putih yang nampak sangat hidup dan bernafas. Dashboard yang
sangat unik dengan bentuk lengkung di iringi lampu florecence biru.
Segala fungsi fungsi dikawal menggunakan skrin sentuh di dashboard.
Cermin depan pula mempunyai fungsi kawalan HUD.



Bahagia
pemandu dan penumpang pula memiliki ciri sensor berat badan. Sensor ini
dapat mengenal pasti suhu badan dan mengawal mood cahaya dan ketinggian
kerusi secara automatik.













Buat masa ini, Mercedes-Maybach hanyalah rekaan konsep yang di pamerkan di Pebble Beach Concours d'Elegance yang di jalankan sehingga 21 Ogos ini.



Walaupun ianya menggiurkan, harganya juga sudah pasti membuatkan anda terliur.