Rekaan 3D Google Pixel 3 Lite & Pixel 3 Lite XL Beri Gambaran Ketiadaan Takuk

Sebut sahaja Google Pixel, pasti banyak perkara positif yang diperkatakan mengenainya. Sistem operasi, kamera, pengalaman penggunaan dan banyak lagi. Yang negatif pula bagaimana? Sudah pasti, rekaan takuknya yang agak besar berbanding peranti-peranti lain.

Walaubagaimanapun, ia berkemungkinan besar akan berubah tidak lama lagi. Ini kerana Google Pixel 3 Lite dan Google Pixel 3 Lite XL dilaporkan tidak akan menggunakan rekaan takuk.



Ia berdasarkan satu rekaan 3D dari 91Mobiles dan OnLeaks yang didedahkan baru-baru ini.

Menurut laporan itu lagi, model Pixel 3 Lite dijangka mempunyai paparan skrin bersaiz 5.5-inci manakala Pixel 3 Lite XL pula hadir dengan skrin 6-inci. Kedua-duanya dikatakan akan menggunakan sistem cip Snapdragon 670.

Selain itu, ia juga akan dilengkapi oleh 4GB RAM dengan simpanan dalaman 32GB/64GB, port USB Type-C, bicu audio 3.5mm serta sistem operasi Android 9 Pie dari dalam kotak.

https://youtu.be/VO9eW1SRQAM

Google Pixel 3 Lite dan Pixel 3 Lite XL ini dijangka bakal diperkenalkan secara rasmi pada awal tahun hadapan, samada pada acara CES atau MWC 2019. Sama-sama kita nantikan.

 

Sumber: Android Police