Rekaan 3D Bagi PlayStation 5 Dikeluarkan, Tampil Dengan Hiasan LED Angka Roman "V"

Sejak dua minggu yang lepas, kita mula mendengar beberapa informasi daripada orang dalaman Sony sendiri mengenai konsol permainan PlayStation 5 mereka.

Antaranya, konsol berkenaan dikatakan akan mempunyai beberapa spesifikasi menarik seperti sokongan grafik 8K, sokongan SSD, teknologi ray tracing dan penggunaan CPU 8-teras AMD Ryzen 7nm Zen 2.

Terbaru, pihak LetsGoDigital telah menghasilkan satu rekaan render 3D bagi PlayStation 5 dan ia kelihatan sangat elegan.

Kapsyen: LetsGoDigital


Perkara yang paling menarik perhatian kami ialah rekaan lampu pada sisi atas konsol yang membentuk huruf "V" yang bermaksud lima(5) dalam angka Roman.

Selain itu, ia juga seolah-olah dibina dengan lima lapisan panel dari luaran. Bagaimanapun, tiada sebarang butang kuasa fizikal dapat dilihat dalam gambar.

Bagaimanapun, ia hanyalah rekaan render sahaja dan produk akhir tidak semestinya kelihatan seperti gambar di atas.

PS5 tidak akan dilancarkan dalam tempoh setahun mendatang dan ia bermakna lebih banyak lagi berita yang akan kita terima menjelang pelancarannya nanti. Sama-sama kita nantikan.

 

Sumber: LetsGoDigital