Reka Bentuk Serta Spesifikasi Huawei Nova 3 Tertiris

Pada ketika ini desas-desus mengenai kedatangan model baru, Huawei Nova 3 sudah mula hebat diperkatakan.

Berada dalam kelas pertengahan, Huawei Nova 3 dijangkakan pelancarannya pada 18 Julai depan.

Khabar angin paling menarik mengenai peranti ini adalah ia berkemungkinan hadir dengan dua versi dimana salah satunya menggunapakai Kirin 970.

Umum mengetahui siri Nova adalah kelas pertengahan manakala Kirin 970 merupakan cip pemprosesan flagship.



Berdasarkan maklumat yang tertiris dari laman TEENA, dua model yang tersenarai menggunakan nama kod PAR-TL00 dan PAR-AL00.

Model yang dilengkapi dengan Kirin 970 dikhabarkan akan digandingkan bersama dengan RAM 6GB, storan dalaman 64GB/128GB beserta sokongan kad memori sehinga 256GB.

Dari segi rekaan pula, ia menampilkan skrin paparan berukuran 6.3 inci Full HD+ dengan nisbah 19.5:9. Takuk juga kelihatan berfungsi menempatkan kamera hadapan 24MP dan 2MP.

Bahagian belakang pula dihiasi dengan dwi kamera hasil gabungan 16MP dan 24MP. Dari segi penjanaan kuasa, ia akan menggunakan bateri berkapasitii 3650 mAh dengan kebolehan pengecasan pantas Super Charge.