Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Reka Bentuk Pesawat Penumpang Termaju Didedahkan, Mampu Terbang Selaju 2,080Km/j

Reka Bentuk Pesawat Penumpang Termaju Didedahkan, Mampu Terbang Selaju 2,080Km/j

Diterbitkan Julai 21, 2022 oleh ariff bukhari

Di Pameran Udara Antarabangsa Farnborough, syarikat pengeluar pesawat Boom Supersonic mendedahkan rekaan terbaru pesawat penumpang termaju dan bakal menjadi terpantas di dunia.

Pesawat yang dinamakan sebagai Overture itu mampu membawa penumpang seramai 65 sehingga 80 orang.

Kelajuan tertinggi yang boleh dicapainya pula adalah selaju Mach 1.7 (2,080Km/j).

Kelajuan itu mampu dicapai menerusi tujahan dari 4 enjin jetnya yang dipasang 2 unit di bahagian sayap kiri dan kanan.

Boom supersonic

Jika benar seperti apa yang dinyatakan Boom itu, kelajuan Overture masih belum mampu memecahkan rekod kelajuan yang pernah dicapai oleh pesawat penumpang terpantas dunia suatu ketika dahulu iaitu Concorde yang berupaya terbang pada kelajuan maksimum 2,179 km/j.

Cumanya, Overture bakal menjadi pesawat penumpang komersil terpantas yang akan menggunakan 100% bahan api bio (sustainable aviation fuel (SAF)).

Boom memaklumkan, produksi Overture akan bermula dalam tahun 2024 nanti dengan ujian penerbangan pertamanya dijadualkan akan dilakukan dlam tahun 2026.

Overture dijangka akan beroperasi sepenuhnya sebagai pesawat penumpang komersil dalam tahun 2029 akan datang.

Sumber: Boom

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY