Cooler Master Ubah Bentuk Penyuntik Thermal Paste Kerana Disalahertikan Sebagai Dadah Oleh Ibu Bapa

Ibu bapa menuduh anak-anak mereka menagih dadah. Walhal...


Pengeluar perkakasan dan aksesori barangan komputer terkenal, Cooler Master memaklumkan bahawa mereka terpaka menawarkan 'thermal paste' dalam reka bentuk baru apabila ibu bapa menuduh anak-anak mereka menagih dadah.

Ia berikutan reka bentuk thermal paste tersebut menyerupai alat penyuntik dadah.

Kapsyen: Contoh rupa thermal paste yang ditawarkan dari Cooler Master.


Akibat daripada terpaksa kerap kali menerangkan kepada ibu bapa bahawa ia bukan alat penagihan dadah, Cooler Master terpaksa mereka bentuk semula rekaan alat thermal paste tersebut dengan reka bentuk baru bagi mengelakkan kekeliruan tersebut.

https://twitter.com/CoolerMaster/status/1217729609829158913?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1217729609829158913&ref_url=https%3A%2F%2Fsea.pcmag.com%2Fnews%2F35863%2Fcooler-master-blames-parents-for-thermal-paste-tube-redesign

Setakat ini, sebanyak 3 versi thermal paste ditawarkan dalam bentuk pakej baru ini iaitu Mastergel Maker, Mastergel Pro dan Mastergel Regular.

Thermal paste memang biasa diletakkan ke atas cip pemprosesan sebagai salah satu bahan penting untuk sistem penyejukkan komputer.

Sumber: PCMag