redOne Perkenal Pelan Baru | Data Percuma, Panggilan On-Net Tanpa Had

Nampaknya redOne kini menawarkan pelan prabayar kepada pengguna. Syarikat telco terbabit telah memperkenalkan sebuah pelan baru yang dikenali sebagai "Beyond Prepaid" yang menyediakan data internet percuma, panggilan on-net percuma dan banyak lagi kelebihan yang ditawarkan.

Pek permulaan untuk pelan baru ini berharga RM 10 dengan data tersedia sebanyak 500MB, panggilan on-net tanpa had serta tempoh aktif sehingga 30 hari. RedOne akan memberi 500MB secara percuma pada setiap bulan seumur hidup anda, dengan syarat nombor yang anda gunakan itu kekal aktif. Wahh, tawaran yang menarik bukan?

Selain itu, apa yang membuatkan redOne lebih menonjol dari pelan prabayar yang lain adalah tempoh aktif selama 30 hari. Tidak kira berapa amaun tambah nilai anda, tempoh sah tetap 30 hari! Tambah nilai RM10, RM30, RM50 dan nombor anda akan kekal aktif untuk 30 hari yang berikutnya. Untuk data internet pula, redOne terbahagi kepada dua pelan pilihan; RM10 untuk 500MB sah untuk 10 hari atau RM20 untuk 1GB dan sah sehingga 30 hari.

redone-prepaid-reload-and-data-plansUntuk promosi permulaan, redOne menawarkan kredit percuma selepas anda menambah nilai buat pertama kali. Bermula semalam hingga 31 Disember 2016, dapatkan pek permulaan prabayar redOne, buat panggilan pengaktifan, tambah nilai RM30 atau RM50 dan redOne akan memberi ganjaran berupa kredit percuma sebanyak RM10. Tambah nilai mestilah dibuat 24 jam selepas panggilan pengaktifan kali pertama dilakukan.

redone-prepaid-starter-pack-reload-bonus

Harus diingat, jika anda kehabisan kesemua data percuma 500MB, atau tambah nilai data bulanan anda, redOne akan mengenakan cas pay-per-use pada kadar 1 sen/ 200kb untuk penggunaan seterusnya. redOne akan menghantar SMS memberitahu anda telah kehabisan data bulanan, jadi sila perhatikan penggunaan data untuk mengelak dikenakan cas yang berlebihan.

Panggilan on-net pula tidak melebihi 100 jam sebulan. Panggilan serta data percuma ini terhad kepada penggunaan tempatan sahaja dan tidak boleh digunakan untuk panggilan IDD ataupun ketika di luar negara.

Layari redOne untuk keterangan lanjut mengenai pelan prabayar menarik ini.