Redmi Y3 Kini Rasmi Diumumkan, Mempunyai Kamera Hadapan 32MP, Snapdragon 632 Dan Bateri 4000mAh

Pada sebuah acara yang berlangsung di India, Xiaomi telah tampil merasmikan sebuah lagi model telefon pintar pertengahan dikenali sebagai Redmi Y3.



Mempertaruhkan kamera hadapan 32MP diiringi dengan ciri flash pada skrin paparan 6.26inci HD+ bagi membantu rakaman selfie pada pencahayaan rendah.



Spesifikasi lain pula menyajikan penggunaan Snapdragon 632, dwi kamera belakang gabungan sensor 12MP+2MP beserta pengimbas cap jari.



Terdapat dua variasi memori yang ditawarkan iaitu RAM 4GB/64GB storan dan RAM 3GB/32GB storan. Masing-masing dijual pada harga 9999 rupee (~RM 591) dan sebuah lagi dijual pada harga 11999 rupee (~RM 709). Tidak dapat dipastikan sama ada model ini akan muncul ditawarkan di Malaysia atau tidak.

Sumber: Mi India