Redmi Watch Diperkenalkan - Skrin 1.4 Inci Dengan Ketahanan Bateri Sehingga 12 Hari

Selain siri Redmi Note 9 yang terbaharu, Redmi turut mengumumkan sebuah penjejak kesihatan dengan rekaan petak dinamakan Redmi Watch.



Ia menawarkan skrin 1.4 inci warna beresolusi 320 x 320p dengan pilihan warna hitam, putih, dan biru. Melalui talinya pula, anda boleh memadankanya dengan pilihan tambahan berwarna merah jambu dan hijau.

Dari segi spesifikasi, ia disambungkan melalui Bluetooth 5.0 serta NFC. Terdapat juga penarafan kalis air sehingga 50m serta dilengkapi dengan ketahanan bateri 7 hari untuk penggunaan normal dan 12 hari jika menggunakan mod jimat bateri.

Untuk ciri kecergasan, terdapat pemantauankadar degupan jantung dan juga tidur.

Di China, Redmi Watch dijual berharga CNY 299 (~RM185). Tidak diketahui sama ada ia bakal membuat kemunculan untuk pasaran luar China.

Berkaitan