Ikuti kami di media sosial

Berita

Redmi Turut Rancang Peranti Dikuasakan Snapdragon 855 Plus Untuk Tahun Ini

Helmi Samsuri

Ditulis

pada

Snapdragon 855 Plus, cip pemprosesan yang diberikan prestasi lebih baik berbanding versi sebelumnya telah diumumkan tempoh hari.

ASUS tampil mengesahkan generasi kedua ROG Phone mereka bakal menggunapakai cip tersebut dan ia disusuli dengan laporan Realme umpama memberi bayangan mahu masuk ke pasaran flagship menerusi cip yang sama.

Tidak mahu ketinggalan dalam persaingan peranti berkuasa tinggi, Redmi melalui CEO syarikat telah mengesahkan mereka sedang bersiap sedia membangunkan peranti dilengkapi dengan Snapdragon 855 Plus.

Selain daripada pengeluar yang disebutkan diatas, beberapa jenama lain juga dikatakan mahu membuat pertaruhan sama iaitu Lenovo, Vivo, IQOO, Black Shark Serta Nubia.

Sumber: GizChina dan Gadgets360

Teruskan Bacaan
Advertisement
Apa Komen Anda

Tinggalkan Pandangan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terbaru

Ikut Facebook Kami

Popular