Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot (309)

Redmi Note 9T Dilancarkan – MediaTek Dimensity 800U, Pembesar Suara Stereo, Dan 5,000mAh

Diterbitkan Januari 8, 2021 ยท Dikemas kini Januari 8, 2021 oleh Meor Hasyim

Xiaomi hari ini telah menambah sebuah lagi model dalam siri Redmi Note 9 iaitu Redmi Note 9T. Model terbaharu ini lebih memfokuskan kepada rangkaian 5G dan juga prestasi pemprosesan.

Dari segi rekaan ia hampir sama dengan POCO X3 NFC terutamanya modul kameranya. Xiaomi menggunakan rekaan anti cap jari pada belakang untuk mengurang

Skrin telefon adalah dari 6.53 inci Full HD+ LCD dengan sokongan TUV Rheinland dan juga kadar segar semula 90Hz.

Screenshot (307)

Redmi Note 9T dijana oleh cip MediaTek Dimensity 800U bersama-sama dengan RAM 4GB dan storan dalaman sehingga 128GB berasaskan UFS 2.2.

Selain mempunyai sokongan 5G melalui Dimensity 800U, Redmi Note juga menyokong 5G kedua-dua SIM.

Kamera belakang adalah gabungan dari 48MP utama, 2MP depth, dan 2MP makro. Manakala swafoto pula adalah dari 13MP yang diletakkan pada takuk hadapan.

Menariknya, Redmi Note 9T mempunyai sokongan pembesar suara stereo untuk pengalaman audio lebih imersif.

Screenshot (303)

Dari segi bateri, ia hadir dengan kapasiti 5,000mAh serta pengecasan pantas 18W. Xiaomi mengatakan ia mampu bertahan sehingga lebih dari 2 hari lamanya.

Antara fungsi menarik lain adalah radio FM, pengimbas cap jari sisi, pemancar inframerah, bicu audio 3.5mm dan juga NFC.

Terdapat 2 pilihan warna iaitu Nightfall Black dan Daybreak Purple. Untuk harga pasaran, ia dijual pada harga bermula 229 Euro iaitu sekitar (~RM1,130) di Eropah.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY