Namun berdasarkan perkongsian di forum komuniti Mi, XDA, dan Reddit, pemilik Redmi Note 9s menghadapi isu berkaitan sambungan dengan rangkaian WiFi.
Antara aduan yang diutarakan adalah sambungan WiFi terputus sekitar 10-15 minit selepas skrin peranti terpadam. Apabila skrin dinyalakan, simbol WiFi kelihatan terpasang tetapi tiada sambungan dan pengguna perlu mematikan dan menghidupkan kembali fungsi WiFi tersebut secara manual.
Terdapat juga pengguna yang mengatakan masalah ini sudah diperbaiki melalui kemaskini MIUI 11.0.8.0, tetapi ada juga unit yang masih bermasalah.
Dikatakan Xiaomi sudah maklum tentang isu tersebut dan kini sedang berusaha untuk menyelesaikannya. Bagi yang memiliki Redmi Note 9S, adakah anda mengalami masalah serupa?
Sumber: XDA Developers
Beli Redmi Note 9S di:
Lazada: https://invol.co/clp9g8
Berkaitan
- Redmi Dots - Sama Seperti Xiaomi AirDots Tetapi Pada Harga Yang Lebih Rendah
- Telefon Dan Tablet Baru Xiaomi Akan Masuk Malaysia Minggu Hadapan
- Xiaomi Perkenal Powerbank Dengan Kapasiti 30,000mAh
- Kos Pengeluaran Meningkat Akibat Koronavirus, Tetapi Xiaomi Turunkan Harga Produk Mereka
- Xiaomi Dan Nokia Jalin Kerjasama - Kolaborasi Bisnes Untuk Terokai Teknologi VR Dan AI
- Xiaomi Bakal Hentikan Kemaskini MIUI Untuk 6 Telefon Pintar
- Siri Redmi Note 8 Dapat Ahli Baru, Ditambah Dengan Sokongan NFC
- Xiaomi Perkenal Tombol Pintu Pintar Mijia, Boleh Dibuka Dengan 6 Cara Yang Berbeza
- Redmi Turut Rancang Peranti Dikuasakan Snapdragon 855 Plus Untuk Tahun Ini
- Redmi Akan Pertontonkan Teknologi Kamera 64MP 7 Ogos Ini