Redmi Note 9S Bakal Dilancarkan Secara Atas Talian Pada Malam Ini

Berikutan penularan wabak Covid-19 serta Perintah Kawalan Pergerakan yang terjadi di Malaysia, Xiaomi akhirnya memutuskan untuk mengadakan pelancaran peranti Redmi Note 9S di atas talian.

Pelancaran tersebut akan diadakan pada 23 Mac 2020 iaitu pada hari ini jam 8 malam. Selain itu, pelancaran tersebut juga akan diadakan di ibu pejabat Xiaomi bertempat di China. Bagi anda yang berminat untuk menyaksikan pelancaran Redmi Note 9S, anda boleh klik pautan di bawah :

Berdasarkan imej poster yang dikeluarkan oleh Xiaomi Malaysia di platform Twitter pada beberapa hari yang lepas, model Redmi Note 9S menggunakan slogan ''Power To win''. Apa yang boleh dilihat dari imej tersebut, peranti ini bakal tampil dengan rekaan kuad kamera pada bahagian kamera belakang.

Seatakat ini, tiada maklumat mengenai spesifikasi penuh dan harga yang bakal ditawarkan bagi peranti ini. Sama-sama kita nantikan pada pelancaran yang bakal berlangsung malam ini.