Redmi Note 9 Pro 5G Bakal Dijana Cip Snapdragon 750G, LCD 120Hz, Dan Kamera 108MP

Xiaomi kini telah memuat naik poster pelancaran telefon terkini mereka iaitu siri Redmi Note 9 yang bakal dilancarkan pada 26 November ini.



 

Sepertimana siri-siri Redmi Note sebelum ini, ia membawakan lebih dari satu model. Melalui siri Redmi Note 9, ia akan hadir dengan 2 model (mungkin buat permulaan ini).

Terkini, beberapa maklumat mengenai spesifikasi Redmi Note 9 Pro telah pun dimaklumkan oleh Lu Weibing yang merupakan pengurus besar Redmi di Weibo.



Beliau menyatakan bahawa Redmi Note 9 Pro bakal dijana Snapdragon 750G. Beberapa maklumat lain pula menambah skrinnya adalah 6.68 inci LCD 120Hz, bateri kapasiti 4,820mAh serta pengecasan pantas 33W dan kamera utama dengan 108MP.

Melihatkan kepada spesifikasi, ia hampir serupa dengan Xiaomi Mi 10T Lite mungkin penjenamaan semula sahaja.

Manakala model lagi satu Redmi Note 9 5G pula akan menjalankan cip MediaTek Dimensity 800U. Bersama-samanya, ia akan mempunyau kamera 48MP dan bateri sebesar 5,000mAh.

Maklumat dan spesifikasi rasmi mengenai kedua-dua model ini, sama-sama kita nantikannya dalam masa beberapa hari lagi.

Sumber: Weibo