Untuk penggunaan cip pemprosesan untuk kedua-dua model Redmi Note 9 dan Note 9 Pro, sudah terdapat maklumat mengenainya. Melalui laman uji prestasi Geekbench, Redmi Note 9 dijangka akan gunakan MediaTek Helio G70, manakala Redmi Note 9 pula Snapdragon 720G.
Sudah semestinya versi Pro akan gunakan cip yang lebih berkuasa, namun dari segi konfigurasi RAM, ia juga turut berbeza. Apa yang menarik, Redmi Note 9 akan hadir dengan RAM 6GB. Tetapi untuk versi Pro pula menurut ura-ura, ia akan hadir dengan 4GB/64GB dan juga 6GB/128GB.
Dari segi perbandingan, model asas realme 6 menggunakan cip Helio G90T yang sedikit lebih berkuasa dari model asas Redmi Note 9. Cip ini juga digunakan dalam Redmi Note 8 Pro sebelumnya. Untuk acara pelancaran siri Redmi Note 9 ini, ia akan dilancarkan secara atas talian pada 12 Mac ini berikutan pembatalan acaranya secara fizikal.
Sumber: Geekbench melalui Mysmartprice
Berkaitan
- Ini Adalah Prototaip Sony Ericsson VAIO - Telefon Pintar Dengan Engsel Gelungsur Yang Dibatalkan
- realme 6 Pro Dengan Snapdragon 720G Akan Dilancarkan Di Malaysia 11 Mei Ini
- OnePlus 7T Pro Mula Dijual Di Malaysia Dengan Harga RM3,399
- Dell G7 15 Dengan Paparan Sehingga 300Hz Diumumkan - Bakal Dijual Bermula RM6,499
- Reaksi Awal OPPO Reno7 Dan Reno7 Pro - Menawan Dan Tertawan
- Cara Membeli Produk Apple Dengan Harga 'Pelajar' Yang Lebih Rendah
- Redmi 9T Diperkenalkan Dengan Snapdragon 662 Dan 6,000mAh - Harga Bermula RM599
- KKM: Kes COVID-19 Hanya Akan Muncul Di Hotspot Tracker MySejahtera Setelah Disiasat Dan Disahkan
- Realme X50 Pro 5G Disahkan Akan Guna Skrin 90Hz Super AMOLED
- OPPO Reno3 Versi Global Dilancarkan - Cip Helio P90, Swafoto 44MP, Dan Bateri 4,025mAh