Redmi Note 9 4G Dijangka Hadir Untuk Pasaran Global Tidak Lama Lagi

Beberapa hari lepas, Xiaomi telah melancarkan siri Redmi Note 9 untuk pasaran China. Antaranya terdiri daripada Redmi Note 9 Pro 5G, Redmi Note 9 5G dan Redmi Note 9 4G.

Terbaru, Redmi Note 9 4G dengan nombor model M2010J19SG dilaporkan telah menerima pensijilan EEC. Peranti ini dijangka akan dilancarkan sebagai Redmi Note 9 untuk pasaran global.



Bagaimanapun, buat masa ini belum ada pengumuman rasmi dari Xiaomi yang berkaitan pelancaran global peranti berkenaan.

Mengimbas kembali, Redmi Note 9 4G hadir dengan skrin bersaiz 6.53 inci LCD, resolusi Full HD+ serta paparan bertakuk yang memuatkan kamera swafoto 8MP.



Cip pemprosesan pula dijana oleh Qualcomm Snapdragon 662. Konfigurasi memori adalah bermula dari 4GB sehingga 8GB serta storan dalaman 128GB sehingga 256GB yang berasaskan UFS 2.2. Dari segi kamera, Redmi Note 9 4G dimuatkan tiga kamera dengan 48MP utama, 8MP sudut lebar dan 2MP depth.

Antara lainnya adalah bateri berkapasiti 6000mAh, sokongan pengecasan 18W menggunakan USB Type-C, mempunyai pembesar suara stereo dan sebagainya.

Sumber: Twitter Mukul Sharma