Seperti yang sebelumnya, versi standard membawa tanda harga yang lebih mampu milik sementara versi Pro secara rasminya diperkenalkan sebagai telefon pintar pertama didunia dilengkapi denga kamera 64MP.
Redmi Note 8 Pro
Walaupun Realme sebelum ini tampil mengumumkan Realme XT sebagai telefon pintar pertama berkamera 64MP, pengeluar itu masih belum lagi mendedahkan secara terperinci spesifikasi, harga serta ketersediaanya di pasaran dan ini menjadikan Redmi Note 8 Pro sebagai peranti pertama di dunia rasmi dilancarkan dengan lensa berkenaan.
Versi Pro siri ini hadir dengan panel LCD berukuran 6.53 inci menyokong resolusi Full HD+. Ia mempunyai tetapan 4 kamera belakang terdiri daripada lensa 64MP, 8MP ultra lebar, 2MP depth, dan lensa makro 2MP. Tugas merakam bahagian hadapan digalas oleh lensa 20MP yang ditempatkan pada takuk pada skrin paparan.
Selain itu, Redmi Note 8 Pro juga merupakan peranti pertama menggunapakai cip pemprosesan MediaTek Helio G90T yang mana ia akan diiringi memori RAM 6GB/8GB bersama storan 64GB/128GB. Bateri yang dipasang berkapasiti 4500mAh yang menyokong pengecasan pantas 18W.
Menguatkan lagi penawaran adalah sistem penyejukan cecair dan ciri sambungan rangkaian WiFi serta 4G untuk memberikan lagi lebih prestasi ketika bermain permainan mudah alih. Redmi Note 8 Pro disediakan dengan tiga pilihan warna hitam, hijau dan putih. Harga jualan pula antara 1399 yuan (~RM826) bagi RAM 6GB/64GB sehingga 1799 (~RM1063) untuk variasi tertinggi RAM 8GB/128GB.
Redmi Note 8
Menerusi Redmi Note 8, pengeluarkan menawarkan cip pemprosesan Snapdragon 665 serta RAM antara 4GB/6GB serta memori simpanan sebesar 64GB dan 128GB. Ia turut didatangkan dengan 4 kamera kombinasi lensa 48MP, 8MP ultra lebar, 2MP depth, dan 2MP lensa makro.
Pengguna boleh membezakan antara dua model ini dengan kedudukan kamera belakang, versi standard diletakkan pada sisi kiri sementara versi Pro kamera berada ditengah-tengah.
Takuk pada bahagian skrin paparan 6.3 inci pula dihuni dengan kamera 13MP. Spesifikasi lain yang boleh didapati pada peranti ini adalah bateri 4000mAh dengan pengecasan pantas 18W melalui port USB-C. Warna-warna yang tersedia untuk Redmi Note 8 ialah hitam, putih dan biru.
Oleh kerana dipasang dengan skrin paparan LCD, kedua-duanya tidak mempunyai pengimbas cap jari pada paparan seperti kebanyakan telefon pintar yang diperkenalkan tahun ini. Ciri tersebut ditawarkan menggunakan sensori fizikal pada panel belakang.
Harga mengikut variasi; 4GB/64GB 999 yuan (~RM590), 6GB/64GB 1199 yuan (~RM708) dan 6GB/128GB (~RM826).
Berkaitan
- Redmi Go Akan Mula Dijual 13 April Ini Pada Harga RM299
- Google Pixel 4 Dan Google Pixel 4 XL Dilancarkan Dengan Snapdragon 855 Dan Paparan 90Hz
- Narzo 30 Pro Mungkin Hadir Dengan Bateri Lebih Besar Dari Narzo 20 Pro
- Realme 3 Pro Bakal Dilancarkan Di Malaysia 14 Mei Depan
- Sony Kongsi Hasil Foto Dari Sensor IMX 686, Rakaman Pada Resolusi 64MP
- Lenovo ThinkPad X1 Fold Kini Di Malaysia, Harga Dari RM10,849
- Redmi 5 Digelar Sebagai Perosak Harga Pasaran
- Samsung Galaxy A8 Dan A8+ (2018) Kini Rasmi Untuk Pasaran Tempatan, Harga Jualan RM1799 Serta RM2499
- HONOR 20 Pro Dibawa Masuk Ke Pasaran Tempatan Ogos Ini
- Foto Xiaomi MI Note 2 Tertiris