https://twitter.com/Xiaomi/status/1292400230479147008
Berdasarkan kiriman di Twitter, syarikat itu memberikan bayangan mengenai warna yang berkaitan Xiaomi. Memandangkan warna rasmi Xiaomi adalah jingga, ia hampir pasti warna yang bakal ditawarkan adalah jingga.
Pada Januari lalu, varian warna Twilight Orange telah dilancarkan dalam pasaran China. Bagaimanapun, ia tidak lagi ditawarkan pada masa ini. Xiaomi dijangka akan melancarkan kembali pilihan warna tersebut, dan kemungkinan kali ini ia dilancarkan secara global serta hadir dengan kotak pembelian istimewa sempena ulangtahun ke-10 Xiaomi.
Tahun lalu, Redmi Note 8 Pro diperkenal dengan skrin paparan 6.53 inci LCD FHD+ dengan rekaan takuk. Ia dikuasakan cip MediaTek Helio G90T dengan gandingan 6GB RAM dan 64GB storan dalaman. Bagi tetapan kamera, ia hadir dengan 4 kamera belakang yang terdiri daripada 64MP utama, 8MP sudut ultra lebar, 2MP makro dan 2MP sensor manakala 20MP untuk kamera swafoto.
Sumber: GizmoChina
Berkaitan
- Kos Penghasilan Logo Baharu Xiaomi Dilaporkan Bernilai RM1.26 Juta
- Huawei P40 Pro+ Akan Dijual Secara Rasmi 26 Jun Ini, Ditawarkan Berharga RM4,999
- Langgar Garis Panduan Komuniti, Microsoft Ambil Tindakan Terhadap 4.78 Juta Akaun Xbox
- iQOO 11 5G Sah Dijana Cip Pemproses Snapdragon 8 Gen 2
- Projek Kereta Tak Jadi, Apple Dilapor Buang Lebih 600 Pekerja
- Terima Pengesahan SIRIM, POCO X3 Pro Dijangka Hadir Tidak Lama Lagi
- Pelbagai Produk AIoT realme Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 3 Disember Ini
- Celcom Kemaskini Pelan XP Lite Dengan Penstriman YouTube Tanpa Had Serendah RM38/Sebulan
- Peranti Redmi Ini Akan Hadir Tanpa Pengecas Dalam Kotak Pembelian
- Cip Pemproses Nothing Phone (2) Secara Tidak Sengaja Didedahkan