Ketika pelancaran yang dibuat, Redmi Note 7 tidak dinyatakan mempunyai kemampuan kalis air. Walaupun hadir tanpa sebarang pensijilan IP, CEO Xiaomi, Lei Jun mengesahkan kumpulan jurutera telah berusaha mereka bentuk pelindungan kalis air bagi port sambungan, slot kad SIM, bicu audio 3.5mm, butang serta dibahagian kamera.
Variasi paling tinggi Redmi Note 7 dijual sekitar pada harga 1399 yuan di China (~RM844), tetapi menurut Lei Jun, model ini menjalani ujian kualiti sama seperti model flagship Xiaomi yang lain. Tempoh waranti di negara tembok besar itu juga dipanjangkan daripada 12 bulan kepada 18 bulan.
Dengan penjelasan daripada Lei Jun, Redmi Note 7 dilihat mampu bertahan dari percikan atau terjatuh kedalam air, serta penggunaan dikawasan yang berdebu.
Peranti dengan dwi kamera utama 48MP dan 5MP ini diramal memasuki pasaran tempatan sekitar bulan Februari.
Sumber: Weibo via GSMArena
Berkaitan
- Sistem Amaran Tsunami Menerusi SMS
- Permainan Dari Sony Ini Mampu Menarik Minat Kanak-Kanak Mempelajari Pengaturcaraan
- Spesifikasi Xiaomi Pocophone F1 Sudah Terlihat, Cip Snapdragon 845 Dan Rakaman Foto Low-Light Yang Lebih Baik
- Senarai Harga Siri AORUS Waterforce Untuk Pasaran Malaysia
- Jam Tangan Pintar Huawei Dengan HarmonyOS Akan Tiba Di Malaysia Sabtu Ini
- 7 Alternatif Kepada PowerPoint, Hasilkan Infografik Dan Bahan Pembentangan Dengan Mudah
- Vivo V15 Pro Kini Rasmi Untuk Pasaran Malaysia, Dijual Pada Harga RM1799
- Redmi K30 Pro Hadir Diperkenalkan Bulan Hadapan
- Ini Penjelasan Qualcomm Mengenai Telefon Gaming Sendiri
- Gempar! Xiaomi Memasang Aplikasi Tanpa Pengetahuan Anda