Redmi Note 7 Pro Sah Tidak Akan Datang Ke Pasaran Malaysia - Kekecewaan Kronik Peminat

Ah sedihnya,

Ramai yang menanti-nantikan kemunculan peranti ini semenjak ia dilancarkan di India awal tahun ini. Apabila pihak Xiaomi Malaysia mengumumkan Redmi Note 7 tanpa varian 'pro' ramai peminat meluahkan kekecewaan yang kronik.

Berita ini disahihkan oleh Allen An, Pengurus Xiaomi Pasaran Malaysia dalam satu kiriman di Facebook beliau.



Walaupun saya tidak pandai membaca tulisan cina, tapi apa yang beliau ingin sampaikan ialah, Redmi Note 7 Pro sudah pasti tidak akan ditawarkan di pasaran tempatan. Model tersebut hanya dipasarkan di India dan China.

Namun beliau tetap mengingatkan bahawasanya Redmi Note 7 adalah sebuah peranti mampu milik yang sudah cukup baik dengan penawaran spesifikasi dan kamera 48MP.

Baca Lagi: [https://wiser.my/peminat-mula-meluahkan-kekecewaan-menjelang-pelancaran-redmi-note-7/]



Melalui komen yang kami dapat, rata-rata mendakwa pihak Xiaomi berkeputusan untuk tidak membawa masuk versi 'pro' kerana ia akan memberi pesaingan kepada Mi 9 SE yang turut memperagakan spesifikasi yang sama.

Kalau difikirkan semula, agak masuk akal kerana jenama Redmi itu sendiri dicipta untuk peranti mampu milik, jadi untuk menawarkan peranti RM1000 ke atas mungkin menjadi satu keberatan buat pihak Xiaomi.

Apa pula pendapat anda?