Redmi Note 7 Pro Didakwa Bakal Dirasmikan Pada Penghujung Februari

Xiaomi melalui anak syarikatnya, Redmi telah memperkenalkan Redmi Note 7 beberapa minggu yang lalu.

Seperti biasa, apabila siri Redmi Note dilancarkan ia pasti akan diikuti pula oleh versi Pro-nya. Begitu juga dengan Redmi Note 7 kali ini.

Redmi dilaporkan akan mengumumkan Redmi Note 7 Pro secara rasmi pada penghujung bulan hadapan.

Kapsyen: Times Now Hindi


Peranti ini akan turut mempunyai sensor kamera utama 48-megapiksel seperti Redmi Note 7, akan tetapi ia menggunakan sensor Sony IMX586 berbanding Samsung ISOCELL GM1 pada model Note 7.

Ia juga dikatakan akan menjadi telefon pertama yang hadir dengan sistem cip Snapdragon 675 terbaru dari Qualcomm.

Tiada maklumat harga yang diperolehi setakat ini namun ia diramal akan dipasarkan pada lingkungan harga CNY 1,299 - CNY 1,499(~RM 788 - RM909).

 

Sumber: Times Now News