Redmi Note 7 Dan Siri Redmi Note 8 Tersenarai Dalam 'Global Top 10 Smartphones In 2019'

Xiaomi mengumumkan dua telefon pintar keluarannya telah tersenarai dalam Global Top 10 Smartphones in 2019 iaitu Redmi Note 7 dan siri Redmi Note 8. Ini merupakan pencapaian yang membanggakan bagi syarikat pengeluar telefon pintar tersebut.

Menurut analisis telefon pintar global yang telah dikeluarkan oleh Canalys baru-baru ini, Xiaomi merupakan satu-satunya syarikat dari China yang tersenarai dalam Global Top 10 Smartphones in Q4 2019 . Redmi Note 7 telah tersenarai dalam Global Top 10 Smartphone in 2019. Manakala, bagi Redmi Note 8 pula merupakan peranti Android yang ''mesti ada'' pada penghujung tahun 2019. Bagi Redmi Note 8 dan Redmi Note 8 Pro, kedua-duanya telah tersenarai pada Global Top Smartphones in Q4 2019. 

global top 10 smartphones in 2019

global top 10 smatphones in Q4 2019

Redmi Note 7 telah dilancarkan pada Mac tahun lepas dan dikuasakan oleh cip Snapdragon 660. Ia dijana dengan bateri berkapasiti 4000mAh. Peranti ini menawarkan dua pilihan memori iaitu RAM 4GB/64GB dan RAM 3GB/32GB. Bagi tetapan kamera, ia diletakkan dengan dwi kamera gabungan sensor 48MP (Samsung GM1) beserta sensor 5MP. Rakaman foto bahagian hadapan menampilkan lensa 13MP.

Pada Ogos 2019, siri Redmi Note 8 pula dikeluarkan oleh Xiaomi yang menawarkan Redmi Note 8 dan Redmi Note 8 Pro.  Redmi Note 8 Pro hadir dengan skrin bersaiz 6.53 inci FullHD+ LCD. Mempunyai 4 kamera belakang dengan 64MP kamera utama, 8MP sudut ultralebar, 2MP makro dan 2MP sensor data jarak manakala 20MP untuk kamera swafoto. Peranti ini dikuasakan dengan cip Mediatek Helio G90T dan bateri berkapasiti dengan 45000mAh.

Redmi Note 8 pula dijana oleh cip Snapdragon 665 dengan bateri 4,000mAh. Tetapan 4 kamera belakang adalah sama dengan model Pro, cuma kamera utamanya menggunakan 48MP. Kamera swafoto pula bersaiz 13MP. Peranti ini menawarkan tiga pilihan memori iaitu RAM 4GB/64GB , RAM 3GB/32GB dan 4GB/128GB.