Redmi Note 7 Boleh Mula Didapati Di Malaysia Pada 19 Mac Ini

Peranti yang ditunggu-tunggu ramai, Redmi Note 7 akan boleh mula didapati di Malaysia bermula 19 Mac ini.

Ia berikutan satu kiriman di akaun Instagram pengedar telefon atas talian terkenal, DirectD sebentar tadi.




Menurut mereka, peranti berkenaan akan ditawarkan dengan dua variasi iaitu 64GB dan 128GB. Kedua-duanya akan disokong dengan memori 4GB RAM.

Bagaimanapun harga bagi Redmi Note 7 itu masih lagi belum didedahkan ketika ini.

Setakat ini, tidak dapat dipastikan samada model yang ditawarkan itu adalah model rasmi Redmi Malaysia atau merupakan set yang diimport.

Xiaomi Malaysia juga masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenainya setakat ini.

 

Sumber: DirectD Team