Redmi Note 10S Hadir Dengan Pilihan Warna Baru Dan Redmi 9C Dengan Storan Dan RAM Lebih Besar

Xiaomi telah melancarkan varian terbaru bagi 2 model telefon pintar mereka iaitu Redmi Note 10S dan Redmi 9C.

Bagi model Redmi Note 10S kini ia hadir dengan edisi warna eksklusif Starlight Purple.

Warna menarik ini pastinya menjadi rebutan ramai yang mahukan warna eksklusif untuk telefon pintar mereka.

Redmi Note 10S Starlight Purple dilengkapi dengan skrin AMOLED DotDisplay bersaiz 6.43 inci.

Ia dikuasakan oleh cip berkuasa MediaTek Helio G95, kuasa grafik yang dipertingkatkan dan bateri yang menyokong pengecasan pantas 33W.

Redmi Note 10S Starlight Purple juga dilengkapi  kamera utama 64MP dan quad kamera 8MP ultra lebar, 2MP kamera makro dan 2MP kamera sensor kedalaman bagi menyokong ciri foto potret.

Kapsyen: Selain Starlight Purple, Redmi Note 10S juga ditawarkan dengan pilihan warna Onyx Gray, Pebble White dan Ocean Blue.


Selain Redmi Note 10S Starlight Purple, Xiaomi juga turut menawarkan model Redmi 9C dengan pilihan RAM dan storan yang lebih besar iaitu menerusi varian 4GB+128GB.

Redmi 9C dilengkapi dengan skrin Dot Drop bersaiz 6.53 inci serta bateri berkapasiti 5000mAh.

Peranti mampu milik ini dikuasakan oleh MediaTek Helio G35.

Kapsyen: Redmi 9C boleh didapati dalam 3 pilihan warna menarik iaitu Midnight Gray, Sunrise Orange dan Twilight Blue.


Redmi 9C 4GB+128GB ini berharga RM499.00 dan boleh dibeli terus dari pusat jualan sah Mi  serta rangkaian sah lain di seluruh Malaysia.

Manakala bagi model Redmi Note 10S Starlight Purple pula, ia ditawarkan menerusi varian 8GB+128GB yang berharga RM899.00.

ia juga boleh dibeli terus dari pusat jualan sah Mi serta rangkaian sah yang lain di seluruh Malaysia bermula dari 3 Ogos 2021 ini.