Redmi Note 10 Dijangka Hadir Dengan Versi 'Pro Max', Spesifikasi Didedahkan

Seperti yang kita ketahui, Xiaomi baru-baru ini telah pun mengesahkan siri Redmi Note 10 akan dilancarkan secara global pada 4 Mac 2021 di India. Siri ini juga disahkan akan hadir dengan janaan cip pemproses Snapdragon, pengecasan pantas, perlindungan Gorilla Glass, penarafan IP52, paparan berlubang yang menempatkan kamera swafoto dan sebagainya.

Terkini, laporan 91mobiles mendakwa siri terbaru Redmi ini bakal menampilkan tiga model termasuk Redmi Note 10 Pro Max. Ia turut mendedahkan beberapa spesifikasi utama termasuk RAM, storan dalaman dan pilihan warna yang akan dimuatkan pada peranti itu.



Menurut sumber, Redmi Note 10 Pro Max akan tersedia dengan dua varian memori iaitu 6GB RAM dan 128GB storan serta 8GB RAM dan 128GB storan. Bagi warna, terdapat tiga pilihan iaitu Blue, Black dan Bronze.

Seperti namanya, ia dijangka mempunyai spesifikasi yang lebih baik berbanding versi Pro dengan paparan dan bateri lebih besar. Bagaimanapun, Xiaomi belum lagi mengesahkan jika benar siri ini bakal menampilkan tiga model atau sebaliknya.

Sehingga itu, nantikan maklumat lebih lanjut pada acara pelancaran yang akan berlangsung 4 Mac 2021.

Sumber: GSMArena